Monday 3 November 2014

Sekitar bercuti di Sarawak

Jelas terpancar kegembiraan di wajah anak-anak ietika melangkah ke bumi kenyalang....perancangan untuk sampai ke sini sangatlah lama...akhhirnya berjaya juga membawa suami dan anak-anak ke sana.

Enjoy sangat....






Sunday 2 November 2014

Jom ke Bukit Tinggi Sumatera Indonesia 2015

Jom kawan-kawan....
Dah lama berhajat nk fly luar dr Malaysia tapi tak kesampaian.Kali ni saya nak ajak kawan-kawan di luar sana terjah bumi Indonesia pada tahun 2015.

bersiaplah dari sekarang mengumpul duit untuk perbelanjaan ke sana yerr...

Setakat ni saya dah ada senarai nama kawan-kawan yang nak join...

Cepat cepat tau...sape lambat dia melepas....

Friday 24 October 2014

misi cuti-cuti Malaysia ke Sabah

Alhamdulillah berjaya juga saya membawa kawan-kawan dan saudara saya ke Sabah 11 Okt hg 13 Okt 2014....Saya telah mengatur perancangan hampir setahun lamanya kerana tiket murah Airasia....semuanya enjoy dan rasa nk pergi ke Sabah lagi.....memanglah rasa tak puas sebab kalau ke sabah perlu ambil tempoh masa yang lama ketika di sana...Banyak pengalaman manis sepanjang group kami dr KL ke Kota Kinabalu...Apapun ....terima kasih kerana sudi bercuti2 dengan saya







Tuesday 28 January 2014

Cuti sekolah Tahun Baru Cina

Wah....bunyi macam cuti raya aidilfitri je kan.... Sekolah saya cuti dari khamis sampailah selasa minggu depannya.... Apa ye nak buat cuti lama2 tu????? Nak pergi berjalan...anak-anak dan suami bersekolah pulak Cuti ni sebenarnya rahmat untuk saya menyiapkan projek tudung saya yang alhamdulillah setakat ini banyak menerima tempahan daripada rakan-rakan dan individu di internet atau sesiapa yang berminat.... Kalau nak pergi berjalan-jalan pun tunggulah masa yang sesuai kotttt... Jangan risau..saya memang orang yang kuat berjalan-jalan...boleh dikatakan setiap hari saya keluar bersiar-siar menghabiskan duit yang tak seberapa Kepada mereka yang sabar menunggu tempahan tudung....terima kasihlah kerana banyak2 bersabar....hihihi ikut giliran oder dan masa kegunaan... *****Saya mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat dengan zaimuslimah....teruslah pm saya

Sunday 26 January 2014

Zaimuslimah kembali lagi...Misi 2014

Alhamdulillah setakat hari ini 27 Januari 2014,saya telah berjaya menghasilkan 36 helai tudung hasil kerja keras saya setelah membeli mesin jahit tepi tudung yg baru.Memang bersemangat sungguh saya menyiapkan tudung2 yang direka sendiri sama ada untuk dijual atau tempahan. Syukur alhamdulillah kerana ramai yang memberi sokongan dalam pembuatan tudung zaimuslimah terutama suami tercinta dan ibu tersayang....Tanpa mereka saya tidak ada masa utk mengadap mesin jahit bila2 masa jika berkesempatan....Rakan-rakan juga tak putus-putus memberi sokongan khususnya Hawa,Ustazah Huda,Ustazah Liyana,Anizah,Ustazah Sofura,kak Nuruk,Jemah ,Yani,Mas dan sesiapa lagi yg tak sempat nak tulis... Oklah....nanti saya sambung.....Terima kasih semua....untuk yang tempah warna,,,jgn risau .. saya akan usahakan secepat mungkin ye.... Bye....wsalam..